Eksperimen 1B (page 41)

Perbincangan:

1. Bagi setiap asid hidroklorik, HCl 1.0 mol dm−3 dan 0.0001 mol dm−3:

(a) Namakan hasil yang terbentuk pada anod semasa elektrolisis. Terangkan jawapan anda.

(b) Tulis setengah persamaan untuk menunjukkan pembentukan hasil pada anod

bagi elektrolisis.

2. Nyatakan definisi secara operasi bagi elektrolisis dalam eksperimen ini.

3. Setelah elektrolisis asid hidroklorik, HCl 1.0 mol dm−3 dijalankan selama 1 jam, nyatakan

pemerhatian pada anod. Terangkan.


😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

1. Asid hidroklorik, HCl 1.0 mol dm−3

(a) Klorin. 

 Ion klorida dinyahcas kerana kepekatan ion Cl− lebih tinggi berbanding ion OH−.

 Dua ion klorida membebaskan dua elektron membentuk molekul klorin.

(b) 2Cl− → Cl2 + 2e−

Asid hidroklorik, HCl 0.0001 mol dm−3

(a) Oksigen

 Ion hidroksida dinyahcas kerana nilai Eion OH− kurang positif berbanding nilai Eion Cl−

 Empat ion OH− membebaskan empat elektron membentuk molekul oksigen dan air

(b) 4OH− → O2 + 2H2O + 4e−


💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪💪

2. Proses penguraian elektrolit yang menghasilkan gelembung-gelembung gas pada anod apabila elektrod karbon yang disambungkan kepada bateri dicelup ke dalam asid hidroklorik.


🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥

3. Gelembung gas tak berwarna dibebaskan. Ion hidroksida dinyahcas kerana nilai E0  ion OH− kurang positif  berbanding nilai E0 ion Cl−. Empat ion OH− membebaskan empat elektron membentuk molekul oksigen dan air.

Comments